Jumaat, 18 Februari 2011

Semakan Permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semakan Permohonan ke Matrikulasi Sesi 2011/2012 dah keluar? 

Wah, biar betul, terkejut Nurul bila ada seorang kawan Nurul yang postkan dekat wall MP tadi..


Nurul pun apalagi terus la search google untuk nak tahu betul ke tidak semua ini. Then, Nurul pun jumpa la laman web ni http://eputra.com/semakan-permohonan-ke-matrikulasi-kpm-sesi-2011/..

Rupa-rupanya, bukan semakan permohonan untuk masuk Matrikulasi tapi just untuk kemaskini maklumat data yang semua calon lepasan SPM 2010 dah isi sebelum ini.

Itu pun, 21 Februari baru boleh nak update semua maklumat tu.. Huh! Semangat! Ingatkan tadi, betul2 dah keluar keputusan dia.. Nasib baik jugak.

Sesak nafas jugak tadi bila terbaca dekat wall tu, nasib x cepat menggelabah. Erm... Pape un sekarang ini semua calon SPM 2010 sedang ternanti-nanti tarikh keputusan SPM 2010 yang sebenarnya..

Ada yang kata 1 week after STPM's result iaitu 28 Februari 2011, ada jugak kata 10 Mac 2011, 14 Mac 2011 n paling lambat 23 Mac 2011. 

Macam-macam tarikh ada. Semuanya ada tafsiran sendiri bila berita umumkan yang STPM result next week. Dan yang paling mengejutkan the last yang Nurul tahu dari cikgu kat Maktab Nurul kata, Hari Khamis ni keluar result. Wah! Memang tengah kejut perut la sekarang ini. Tak payah tanya la kenapa.. Huhu..



Oklah, ingat malam ni nak tidur awal coz esok nak belajar kereta dengan my dad! Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM